Kita sentiasa tidak puas hati dengan apa yang kita ada. Kita selalu terlepas pandang apa yang ada di depan mata kita. Dan aku adalah diantara kita. Aku dah tak tahan lagi dengan keadaan yang tidak pasti ni. Aku lemah, dan aku tahu aku tidak sekuat insan yang lain. Perasaan aku sentiasa insecure. Aku rasa yang aku tidak mungkin dapat membahagiakan orang yang aku sayang. Aku seorang yang gagal.
Aku tahu aku mempunyai intan yang amat berharga, yang menyayangi aku. Tapi aku takut. Aku takut yang aku akan melukai intan yang sangat aku sayangi. Lagi lama aku simpan, lagi confuse aku. Aku sayang tapi aku tak boleh simpan. Aku tahu yang aku tidak layak untuk intan yang begitu berharga. Aku hanya seorang insan lemah yang selalu gagal mengawal perasaannya.
Hati dan perasaan memang tak boleh di buat main. Aku takut aku akan terus melukai, aku takut aku terus memberi harapan palsu, maka aku letakan noktah. Bukan aku telah menjumpai sinar baru atau membencimu tetapi aku sayang kan kau. Tidak mungkin akan ku jumpa sinar seindah kau lagi. Kau bukan saja buat aku tertawa tapi buat aku rasa melayang.
Setiap titisan air mata yang jatuh ni, menunjukan bertapa kau tidak dapat kulupai. Aku bukan mintak perpisahan cuma aku mintak ruang. Aku tidak tahu apa yang aku rasa dan fikir lagi. Aku bingung dan kebingungan aku ni akan melukai kau. Lebih baik kita menjadi seperti yang lain, berkawan.
Harapan ku, kau terus kan kehidupan ini kerana aku tahu kau kuat. Hati kau tidak selemah hati aku, dan ingat lah yang kau sentiasa dalam ingatan ku, dalam doa ku, dalam mimpi ku. Intan seperti kau tidak boleh dicari ganti. Hanya kau seorang sahaja. Mengenalimu adalah pengalaman yang paling berharga dan menyayangimu adalah sesuatu yang tidak boleh digambarkan. Aku tahu kau sedih, ingatlah yang kita mungkin tidak dapat bersama sekarang tetapi di akhirat kelak tiada siapa yang tahu.
Kita bukan mudah, menjadi kita memerlukan pengorbanan yang amat besar dan aku tahu sekiranya kita berjaya, Allah akan memberikan ganjaran yang amat besar, jauh lebih besar dari apa yang kita sangkakan. Aku mungkin bukan seorang yang tinggi ilmu agama, tapi aku tahu yang aku telah melakukan sesuatu yang betul. Aku harap kau juga redha dengan keadaan ini kerana ini lah keputusan yang terbaik untuk kita. Aku sayang kau.
*noktah

chomel kaan :)
the everybody ;p
singles of the day
keterujaan bersama mimi, dada n nana :)
lihat dina!!!
bebudak nakal...
best picture in the toilet 2009
wow iklan gigi yang hebat!
weirdo people


